Monday, August 17, 2009

Pak Samad

Salam semua.

Alhamdulilah, saya agak sibuk dengan kerja2 grafik kebelakangan ini... murah rezeki.

Terbaru, saya terlibat sama dengan kerja2 rekabentuk grafik untuk majlis Menjelang 75 Tahun A. Samad Said yang dianjurkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bersempena dengan majlis, dua buah buku tulisan Pak Samad terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia bertajuk Fansuri's Love dan Ballad of the Lost Map, terjemahan Cinta Fansuri dan Balada Hilang Peta telah dilancarkan. Satu Bengkel Penghayatan Muzik, Teater dan Seni Tampak juga telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8 Ogos 2009.

Bersama syarikat E-Magineers (M) Sdn. Bhd. dan Pustaka Cipta Sdn. Bhd., saya telah diamanahkan untuk menjadikan gambar Pak Samad menjadi lakaran grafik dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kemudiannya, lakaran grafik Pak Samad tadi telah diaplikasikan kepada kulit buku cenderamata, backdrop, t-shirt dan sebagainya.


Gambar asal Dato' (Dr.) A. Samad Said.


Lakaran grafik dari gambar asal Dato' (Dr.) A. Samad Said.


Lakaran Dato' (Dr.) A. Samad Said yang diaplikasikan
ke kulit buku cenderamata.


"Apa saja
tulus dari
hati akan
bersinar kudus
dan berseri."

- Petikan sajak bertajuk Tulus dari Pak Samad.


Nota: Segala gambar dan lakaran majlis Sempena 75 Tahun A. Samad Said adalah menjadi hak milik Institut Terjemahan Negara Malaysia.

~ Shairul Abdul Karim

8 comments:

hazeleyed said...

Cukur di murahkan rezeki...
Indahnye bahas puisi Pak samad ni...

Selamat menyambut Ramadahn Al Mubarak

DrSam said...

alhamdulillah murah rezeki.

Salam Ramadhan almubarak.

kallasMaster said...

congrat rul..

caturist said...

Salam semua,

Cikgu, Dr, Faiz... semoga dilimpahkan rahmat ke atas kalian semua di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Selamat bersedekah!

AkuLaNS said...

Aku suka Pak Samad...yg suka lawan arus..ada pendirian..

caturist said...

Salam Perkenalan Saudara Lan. Hidup sesekali kena lawan arus...

INDRA QIRANA said...

design best nampak klasik teruskan bekarya

caturist said...

Salam perkenalan saudara Indra Qirana. Anda juga teruskan berkarya hingga ke tahap maksima.