Wednesday, May 20, 2009

Work Published!


Click to view larger image.

Salam Semua.

Alhamdulillah. Akhirnya hasil kerja saya telah berjaya di"buku"kan.


Bersama syarikat E-Magineers Sdn Bhd, saya telah ditawarkan untuk membuat 43 keping ilustrasi digital (Photoshop) penerima Anugerah Sasterawan Malaysia, Anugerah SEA Write dan penulis terkenal tanahair.


Seterusnya, kesemua 43 keping ilustrasi digital tadi telah dibukukan dan dijadikan cenderahati sempena Majlis Pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bersama Sasterawan & Pelancaran 28 Judul Baru Institut Terjemahan Negara Malaysia di Hotel Shangri-La, Putrajaya pada 19hb Mei 2009.


Segala hasil kerja ilustrasi digital buku Sasterawan adalah menjadi hak milik terpelihara Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Terima Kasih tak terhingga kepada warga kerja E-Magineers Sdn Bhd & Pustaka Cipta Sdn Bhd: Abang Razak, Kak Intan, Abang Rosihan Juara, Tengku Shahrul, Hidany, Syamsul, Sharifah Melora, Akmal, Kak Ikin dan semua rakan-rakan blog.

~ Shairul Abdul Karim

Thursday, May 07, 2009

Syam






Satu2nya lagu 'kegemaran' Syam... kakaka...

~ Shairul Abdul Karim