Friday, February 13, 2009



Salam semua... bertemu kembali!

Kali ini saya ingin berkongsi ilmu, bagaimana membuat Karikatur menggunakan perisian grafik Adobe Photoshop.

1. Muat turun gambar.

a. Gambar M. Nasir dimuat turun dari 3ir.
b. Buka gambar di Adobe Photoshop.

2. Crop gambar.

a. Klik Edit in Quick Mask Mode (Q).
b. Gunakan Pen Tool (P) untuk crop gambar.
c. Klik semula Edit in Quick Mask Mode (Q).
d. Tekan Ctrl (keyboard) dan klik Path Thumbnail.

3. Copy & Paste gambar yang telah dicrop.

a. Pergi ke Edit>Copy gambar (Ctrl+C).
b. Pergi ke File>New (Ctrl+N).
c. Set saiz fail (W: 669 pixels x H: 835 pixels | 72 pixels/inch | Transparent) dan klik OK.

d. Pergi ke Edit>Paste gambar (Ctrl+V).
e. Paste (Ctrl+V) gambar sekali lagi (Layer 2).*
* Klik 'mata' di Layer 1 (sorok gambar sebagai back-up).

4. Dari gambar menjadi Karikatur.

a. Pergi ke Filter>Liquify (Shift+Ctrl+X).

b. Pilih Forward Warp Tool (W) untuk ubah suai gambar.*
* Gunakan juga tools lain untuk hasil yang lebih menarik.
c. Set Brush Size mengikut kesesuaian.
d. Jika tidak berpuas hati, klik Restore All untuk buat semula.
e. Klik Ok setelah berpuas hati.

5. 'Effect' lukisan ke atas gambar.

a. Pergi ke Filter>Artistic>Paint Daubs.*
* Gunakan juga Filter lain untuk hasil yang berbeza.

b. Set Brush Size: 4, Sharpness: 14.
c. Klik Ok setelah berpuas hati.

6. Warna ke atas gambar.

a. Pergi ke Image>Adjustments>Colour Balance (Ctrl+B).*
* Guna Adjustment yang lain supaya warna lebih menarik.
b. Set Shadows/Midtones/Highlights sehingga berpuas hati.
c. Klik Ok.

d. Crop gambar dan tekan Enter.

7. Penyudah.

a. Klik 'mata' Layer 1 dan lihat perbezaan di Layer 2.
b. Klik Layer 1 dan tekan Delete setelah berpuas hati.
c. Save kerja anda*
* Pilih satu format JPEG/BMP/GIF/PNG untuk upload ke blog.

8. Lihatlah hasilnya...


P/s: Copy posting ini ke 'words' dan save untuk rujukan.

Selamat Mencuba!

~ Shairul Abdul Karim

7 comments:

Melayu Kini said...

Terima Kasih beb, aku memang suka main2 ngan photoshop nih. thanks dude. kalau ader lain-lain tips tu kasik la yer. terima kasih sekali lagi.

caturist said...

Sesame... nanti aku buat tutorial cara mudah nak buat effect lukisan pensil dalam Photoshop.

Simple sangat.

DrSam said...

salam ukhuwah,
What a great tutorial! TQ very much for sharing with us. I like it very much and will try this one for sure. Keep this good deed bro.

Samudera Tinta said...

Bro Caturist,

Karya yang cukup bagus dan baik. Bak kata orang puteh 'Sharing Is Caring'.

Keep up ur gud work..

Keamanan Untuk Semua..

Riezal said...

Thanx for sharing buddy.. Jazakallah kairan..

Melayu Kini said...

aku dah try buat bang, gambar DR M, jom la tgk kat blog aku tuh. Kalau salah tlg betulkan. :)

zulssil81 said...

Photoshop?...aku suka