Thursday, June 12, 2008

Mazidul Akmal Sidik, 360 TV3

Pengakuan Penonton 360 'Gores dan Kalah'


‘Saya tertarik dengan paparan 360 tentang sindiket gores dan menang. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman, bukan sebagai mangsa tapi hampir-hampir menjadi pemangsa! Lebih kurang 8 tahun lalu saya menghadiri satu interview jawatan kosong di sebuah syarikat pemasaran. Jawatan saya minta sebagai penjaga stor tetapi dimaklumkan bahawa jawatan tersebut telah penuh diisi. Pengurus syarikat kemudiannya menawarkan saya bekerja sebagai agen pemasaran dan kemudiannya telah menunjukkan kepada saya slip gaji beberapa pekerjanya hanya baru beberapa bulan bekerja tetapi telah mendapat gaji dan komisyen besar. Nyata ia telah berjaya menarik perhatian saya.

Saya betul-betul teruja apabila ditunjukan dengan gaji cukup lumayan tanpa mengetahui ia adalah perangkap buat saya.

- mazidulakmal.blogspot.com

0 comments: